14 Mac 2011

jungLe trekkiNg!!

hari ni 02/02/11 (rabu) group aku buat jungle trekking...excited sangat sebab kitorang akan panjat gunung..first time nak daki gunung...perjalanan dimulakan waktu pagi..setiap group dibekalkan dengan makanan dan setiap orang diwajibkan membawa air sendiri takut penat nanti air nak minum tak de..nasi goreng dibekalkan untuk makan tengah hari..setiap group dibekalkan dengan seorang fasi iaitu merupakan barang amanah setiap kumpulan...perjalanan jungle trekking terpaksa berenang dan jalan mendaki gunung..semasa berenang sejauh 1km...kitorang diwajibkan menggunakan PFD untuk keselamatan.time ni kerjasama dalam group sangat penting..selepas 2 kitorang terpaksa berjalan selama 2 jam untuk  sampai ke puncak..pelbagai cabaran kitorang hadapi..jalan yang penuh dengan bukit,cerun,licin dan macam2..kitorang saling bantu-membantu antara satu sama lain..akhirnya berjaya sampai ke puncak lebih kurang pukul 2 petang..best sangat dapat tengok pemandangan dari atas tasik chenderoh...kitorang makan kat pucak gunung tu dan selepas 2 rehat sebentar dan meneruskan perjalanan untuk pulang...sampai di bawah lebih kurang pukul 5..penat sangat2..kitorang balik berenang untuk sampai ke camp side...penat sangat2 tapi memeng best sebab bukan senang nak dapat pengalaman yang begini..

malam

post moterm dilakukan malam tu..masing2 menceritakan tentang pengalaman masing2...hari ni tasik aku iaitu bera-jungle trekking,tasik kenyir-camp caft,tasik chini-survival dan tasik temenggor-kayak..

Tiada ulasan: